Monday, August 18, 2014

Skin Care - TIMEWISE Moisturiser

Pelembap Mary Kay


Adakah kulit perlu pelembap?

Sebagaimana kita perlu minum untuk hidup, begitu juga kulit juga perlukan air untuk hidup dan terus hasilkan sel-sel baru malah menjadikan kulit kita bersinar, berseri dan bermaya. Air yang diperlukan adalah di dalam pelembab. Kulit yang cukup kelembapan adalah kulit yang tidak mudah dimamah usia atau sentiasa awet muda.

Kenapa kulit kita menjadi kering? 

Ini disebabkan kulit terdedah kepada faktor persekitaran contohnya...cuaca yang terlalu panas dan pencemaran seperti habuk menjadi punca kulit telah terhidrat. Apabila kulit kita kering, kulit terdedah kepada kedutan yang ketara, jeragat mulai tumbuh, sunburn dan sebagainya 

Kenapa kulit jadi berjerawat? Apa kaitan pula dengan pelembab? 

Semua jenis kulit mesti guna pelembap. Ini kerana kulit manusia yang tidak memakai sebarang pelindung akan sentiasa terdedah kepada pencemaran seperti habuk dan kekotoran. Malah kulit berjerawat pula disebabkan penghasilan minyak di dalam kulit adalah lebih daripda kulit normal. Pelembap pula akan membantu mengimbangi kandungan minyak dan air di dalam kulit malah pelembab juga dapat menghalang kekotoran daripada masuk ke dalam liang roma dan menyebabkan liang roma tersumbat dan terjadilah jerawat atau acne.

Kulit berpigmentasi? Salah satu sebabnya kerana kulit dibiarkan kering dan dehydrated.

Namun, mungkin ramai yang kurang selesa memakai pelembap. mereka rasakan dengan memakai pelembab kulit akan melekit-lekit dan terlalu berminyak. Ini disebabkan pelembab yang digunakan tidak sesuai.
Saya remind balik......Sebagaimana kita perlu minum untuk hidup, begitu juga kulit juga perlukan air untuk hidup dan terus hasilkan sel-sel baru malah menjadikan kulit kita bersinar, berseri dan bermaya. Air yang diperlukan adalah di dalam pelembab. Kulit yang cukup kelembapan adalah kulit yang tidak mudah dimamah usia atau sentiasa awet muda.

Jadi jangan musuhi pelembap!




No comments:

Post a Comment