Monday, August 18, 2014

Kesan peeling product

Ramai yang pm saya bertanyakan mengenai produk mary kay ni, especially skincare MK. 

Terima kasih sebab bertanya, sesapa yg bertanya secara x langsung saya akan beri tips dan konsultasi secara percuma macamana nak dapatkan kesan yg postif hasil daripada penggunaan skincare MK.
Bila org bertanya, saya akan jawab. Bila orang yang bertanya sudah yakin nak guna, baru saya start dengan konsultasi. Soalan pertama saya yang wajib adalah, ” pernah pakai produk peeling tak?”

Dan kebanyakan jawapan yg saya terima “produk peeling tu produk apa?”
Okey, di sini saya akan terangkan apa itu produk peeling. Produk peeling adalah produk pengelupasan yang mana akan menghakis sel kulit hidup kita dan mematikan sel2 melanin yg terdapat di bawah kulit kita. Kenapa produk peeling menghakis? Sebab, mostly peeling product mengandungi bahan kimia hydrokuinon dan mecury yang berfungsi untuk menghakis kulit wajah kita. Sebab itu sesiapa yang menggunakan produk tersebut...warna kulit mereka sama...iaitu putih pucat. Itu yang dibanggakan sehingga sanggup membandingkan kulit sendiri dengan kulit orang lain sedangkan Allah telah mencipta manusia dengan sempurnanya. Tiada cacat cela.


Makin cepat kesan pengelupasan dan makin cepat putih, makin tinggilah kandungan kedua-dua bahan kimia itu dalam produk tersebut.
Bahan kimia ini pula diserap ke dalam darah..... jangka masa pendek memang tidak datangkan apa-apa kesan pada tubuh badan, tapi lama kelamaan bila dah sebati dengan darah daging akan mulalah masalah kesihatan sedikit demi sedikit…punca berlakunya kanser kulit, kanser hati atau penyakit lagi adalah disebabkan berkumpulnya bahan-bahan kimia tersebut di dalam organ badan kita.

Kesan Peeling product:

1.Kemerahan (erythema). Semakin dalam pengelupasan atau untuk jenis
kulit tertentu, kemerahan akan menjadi teruk.
2. Perubahan warna kulit, mungkin akan menjadi lebih gelap atau terang
daripada kulit di sekitarnya.
3. Kulit mengeras dan mengelupas.
4. Bengkak (edema), khususnya di daerah sekitar mata.
5. Terluka.
6. Reaksi alergi terhadap produk.
7. Infection. Orang yang memiliki sejarah penyakit herpes biasanya
memiliki kecenderungan terkena infection setelah pengelupasan secara
kimia.
8. Meningkatnya tahap sensitiviti terhadap sinar matahari.

Sayangi kulit anda.....


No comments:

Post a Comment