Monday, August 18, 2014

Skin Care - TIMEWISE Miracle Set

Apakah TIMEWISE MIRACLE SET?

Assalammualaikum....ha, ramai jugak yg msg saye dan bertanyakan, apakah produk timewise ni?? untuk apakah ia?? hehehe...Ok mari bacaa.....

Set Miracle (untuk kulit normal dan kering atau untuk kulit berminyak) adalah koleksi premium barangan anti-penuaan yang saling bekerjasama.

Set ini di panggil Miracle set adalah kerana produk anti penuaan yang amat luar biasa. Ia dapat menjadikan kulit anda lebih muda dari usia sebenar. Ia memang di reka khusus bagi menghapuskan kedutan dan menjadikan kulit lebih muda dan berseri.

Pembersih boleh tahan sehingga 4-6 bulan, pelembab 8-12 bulan dan Day and Night Solution 4 bulan setiap satu mengikut jumlah yg anda gunakan.Penggunaannya setiap hari dapat membantu kulit anda lebih licin, lembut, tegang, kurang garisan dan kedutan.

Dan produk ini juga telah memenangi Her World Beauty Award 2011 diatas keberkesanannya dalam menentang tanda-tanda penuaan pada kulit kita....

Secara ringkasnya, produk timewise ni mempunyai 11 manfaat anti penuaan, diamana ianya mampu untuk:
1. mencuci,
2. mengelupas,
3. menyegar,
4. mengaktif,
5. melembap,
6. menghalus,
7. menegang,
8. melembut,
9. melindungi,
10.menjana dan
11.mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.....

Utk mendptkan semua faedah ini, gunalah set Miracle setiap hari :))

Antara barang barang yang terdapat di dalam set Timewise ialah:-

1) TimeWise® 3in 1 Cleanser 127g
Ianya adalah satu produk yang melakukan tiga kerja untuk membersih, mengelupas dan menyegarkan kulit anda dalam satu langkah mudah. Didapati di dalam dua formula iaitu untuk kulit Normal hingga Kering atau Kombinasi hingga Berminyak.

2) TimeWise® Age Fighting Moisturizer 100ml
Melembap dan melembutkan kulit anda dengan TimeWise Age-Fighting Moisturiser. Ia membekalkan penghidratan 10 jam dengan kompleks berpaten yang membawakan hasil yang ketara. Pilihan formula dari kulit Normal hingga Kering atau Kombinasi hingga Berminyak.

3) TimeWise® Day Solution SPF25 29ml
TimeWise Day Solution Sunscreen SPF 25 menghalang ancaman sinar UVA/UVB untuk membantu mencegah garis-garis halus dan pewarnaan tidak sekata sebelum ia berlaku. Peptida yang menenangkan juga membantu melegakan garis-garis ekspresi.

4) TimeWise® Night Solution 29ml R
TimeWise Night Solution memberikan sistem pembekalan mikro kapsul Nutribeads yang mengandungi vitamin dan antioksidan bergabung dengan peptida penguat kolagen untuk membantu memudarkan garis-garis dalam dan kedutan.


No comments:

Post a Comment